Saturday, 15 May 2010

lagu untuk ajah .

Ini untuk membalas post mung yang terbaru tentang Mr. Smile


video

Video dan lagu ni aku rasa sangat sesuai ditujukan untuk mung. Lagu dalam video ni sikit je, (mung kan busy, aku nak curi masa mung 1:36 minit sahaja) ok! Aku suka jugak versi panjang, kat sini sebab lukisan bergerak tu smart (macam mung pun ada, hahaha)


Your folded pale wings are just a little tired from the overly blue sky
It's alright to smile for yourself, not for anyone else anymore

Loneliness continues to creep up on me, a candle alight on the inside
Such a gorgeous chandelier shouldn't be at a crowded party, like this one
Why should I bury it all in the emptiness of words that are lacking?
I don't know anymore

As long as we can swim freely in our dreams, we don't need the sky anymore
Even if I can't paint over everything that happened up until yesterday,
I'll still come out to meet you tomorrow

Your folded pale wings are just a little tired from the overly blue sky
It's alright to smile for yourself, not for anyone else anymore

Inferiority complexes and reconciliations aren't things that will come true so easily
The mirror that remains at the top of self-consciousness reflects flower petals
It looks like my voice is strained from trying to cry out with an impure love
It's irritating

In these changing times, wounds will soon turn into scabs
Without waiting for that to happens, you're so beautiful, and so fleeting...

Prayers shiver in the sun, like traces of down that have come loose
It's alright to not think about loving someone as being too much for you right now

Sometimes this world is a little bit too dazzling to walk looking upward in
When you cast your eyes down, as though sinking, the dry ground slurps up your tears

Why do we feel so alone anytime?
You don't have to take on everything
Why do we feel so alone anytime?
Just putting up with it isn't courage



p/s:
1) Ajah, bertahan sekejap je lagi, k? aku akan turun ke London sehari sebelum aku balik Malaysia. BERTAHAN!!!!!!! Aku akan bawak makanan banyak2. Kita g picnic kat mana2. hehe .
2) Lagi, Kirosaki Ichigo tu aku punya, jangan ambik!.Mung ambik patung singa kecik yang menyanyi kat mula video tu jah, hahaha.

Pelik yang banyak=Peliks

Peliks
Peliks

Pelik apabila orang lain yang ada masalah kita pulak yang pening lebih2,
Pelik apabila orang lain yang ada masalah kita yang terasa peritnya,
Pelik apabile orang lain yang ada masalah kita pulak yang menangis lebih2( ye, saya maksudkan, lebih2 yang memang lebih2),

Tapi pelik jugak,
Apabila kita ada masalah, orang lain yang lebih2 pening2 pasal kita,
Dan apabila kita kata ok, orang lain yang kata, kita sebenanrnya tak ok,
Kelakar, sebab, masalah siapa sebenarnya ni?
Pelik rasanya.
hm. ke sebab empathy yang lebih?

Peliks.O lupa, manusia itu memang pelik,
Allah kasi petunjuk, bukan nak ikut,
Yang Allah suruh buat, tak nak buat,
Yang Allah larang, tulah yang nak dibuat lebih2 (o, saya memang maksudkan lebih2 yang memang lebih2),
Allah dah bagitahu Syaitan tu musuh yang nyata,
Tapi yang nyata2 musuh itu lah yang dijadikan kawan,
Memang manusia sifatnya pelik.

Jadi;kesimpulannya,Bukan saya seorang sahajalah yang pelik di bumi ni
(o! doa2 pelik saya bukan lah pelik yang mengundanag murka Allah),

Jadi, sebab tu saya tak kisah kalau orang kata saya pelik
Walaupun menang Anugerah Blurr semasa di kolej Persediaan di KYUEM,
(o! rupanya diri dikenali di kolej<-- kata2 roomate untuk menenangkan diri yang tak paham kenapa boleh menang anugerah tu),
dan di UK, masih orang mengatakan diriku pelik,

Pelik kah jika,
Kita tak suka bergosip2 ttg keburukan orang lain?
Pelikkah jika.
Tak suka makan daging saudara sendiri (mengumpat),
Pelikkah jika,Suka bual hal sendiri dan tak menyusahkan orang lain?

o! sungguh tak paham,
adakah definasi pelik tertakluk kepada individu masing2?
Mungkin itu lah yag tepat untuk menyimpulkan perkataan pelik

Namun, mungkin juga diriku pelik
kerana selepas dua tahun di kolej, satu2nya perkataan yang telah digambarkan tentang diriku oleh chaletmate ialah
PELIK,
mereka kata, itulah yang paling tepat,
kerana semua bende pasal diriku pelik,
(sungguh tak faham apa bende yang pelik)

Ada rakan membuat analogi kepadaku untuk nak kasi aku faham,
Dia kata, kalau kita kata dekat orang gila, yang dia gila,
Adakah dia akan kata dia gila?
Tidak, dia akan kata dia tak gila,
(walaupun kita sebenarnya tanya pesakit wad mental di tanjug rambutan)
,Maka, kesimpulan dia kata, orang gila tak akan mengaku dia gila,
Dan oraang pelik macam aku, tak akan mengaku aku pelik
O! sungguh kejam analogi itu,
Ajah,mung sungguh kejam dengan aku.

Aku pikir2
,Adakah kerana aku rabun warna,
dan melihat dunia dalam warna yang berbeza,
(Warna yang lebih indah ku kira!),
menyebabkan aku berperangai sedikit berlainan dengan manusia yang normal
(bunyi macam pelik sangat je aku ni).

o, aku memang tak nampak apa2 nombor atau bentuk dalam ni, hahaha unik!

Dan kerana dunia dan manusia pun berperangai pelik2,
tak ikut fitrah ciptaan Allah,

Hey kawan!
Bukan aku yang pelik, tapi dunia ni yang memang pelik.

to ajah n fatin: Aku dah jumpa orang yang tak kata aku pelik , jangan jeles! =B

Friday, 14 May 2010

To her..

o! I miss her ....
Even though I didn't get any chance to meet her.

Allah, sampaikan salam sayang buat dia!

This song is dedicated to you; from the unknown person.


video

And a poem written only for you.


Rindu seorang asing


Dirimu mungkin jauh kini,
Tapi sungguh dekat terasa di hati,
Adakah mungkin kerana pernah ku ketemu dirimu?
Atau kerana hati ini rindu kasihmu?,
Namun ini hanya rindu seorang asing.

Sayangmu,
Ku tahu wujudnya ia,
Mungkin tak sempat ku kucupinya,
Namun sisanya jelas terabadi,
Dan akan terpancar kukuh di sisiku,
Abadi.

Terima kasih atas peritmu,
Walau tak sempat ku hadir dalam nyatamu,
Nadimu ku lihat jelas dalam nyataku,
Dia teguh seperti dirimu,
Ternyata jati dirinya itu,
Jati dirimu.

Ya Allah sampaikanlah rindu ini kepadanya,
Benar jauh nak tersampai,
Namun aku yakin Engkau Maha Mendengar,
Maha Tahu rasa hatiku,
Tika ini.

Ya Allah beritakanlah rindu ini kepadanya,
Mungkin kini,
Ini rindu seorang asing,
Doaku,
Kelak ini rindu kasih abadi.

Edinburgh, May 14 2010

Sunday, 21 February 2010

Hope.

Bersyukurlah apabila tidak ada seorang pun yang faham perasaan kita, kerana kita tidak akan attach kepada dia, melebihi Dia.
Bersyukurlah apabila berhadapan dengan kesusahan berseorangan,kerana kita tidak akan mengharapkan pertolongan daripada dia, melebihi Dia.
Bersyukurlah apabila tidak ada orang menyayangi kita di dunia ini , kerana kita tidak akan menyayangi dia, melebihi Dia.


Mengharapkan Dia untuk mengambilku pergi dari dunia, jauh~ selamanya,

Pergi.

namun amalanku masih kecil berbanding rahmat yang tercurah2

mengharapkan diri ini akan sentiasa keseorangan, dan hilang dalam ramai.
agar aku akan selalu ingatpada Dia yang sentias ada, walau pada ketika aku lupa akan kehadiranNya.
Mengharapkan dunia ini selalu pahit agar aku tidak akan lupa akhirat itu kekal,
Mengharapkan hati ini seringkali terluka agar aku ingat akan ubatnya ialah Dia,
Mengharapkan jalan ini selalu sukar, agar Dia sentiasa dalam hati.

Thursday, 14 January 2010

Saturday, 17 October 2009

terasa kehilangan~~~

kak airianah sangat pandai buat kek, n aku pula sangat suka makan kek! we complete each other.hahahaha=)
salam...

tetiba rasa sebak jugak bila housemate nak kawin...
yelah, org yang pertama2 kita duduk sekali dekat negara org.
kak airainah preparekan bekal pagi untuk aku, kak fazia n kak airianah

tak pernah kenal pun, n than terus setuju nak duduk serumah, sebab dia pun baru sampai.
kitorang pun beza 2 tahun je. dia 24tahun, buat phD...plant Biochem..dulu degree dekat UKM...
pastu kitorang sama2 gi cari rumah, bincang apa yang kitaorg nak untuk rumah tu, mencari titik persamaan.
n ternyata sangat banyak perkara yang sama. kitorang sama2 suka umah macamne, kitorang sama2 suka cara nak hiaskan rumah tu, kitorang2 sama2 suka cara nak start hidup baru..


n than, kitorg sama2 pergi shopping, beli barang umah..pening kak fazia sbb kitorg sama2 cerewet sbb dah setuju nak wat motif warna.hahaha..

our first meal dekat rumah kami

n than, alhamdulillah, dapat umah yang macam kitorng sama2 suka. thanx akak! sbb dia yang banyak arrange, bil lah, bayaran lah, pening jugak.
masa tu baru kenal, orangnye macamne, apa dia suka, apa yang dia tak suka, apa yang die suka makan, apa yang die tak suka makan, apa yang dia alergik, macamne perangainye, sifatnya, tabiatnya, dia suka colour apa, dia suka pakai baju macamne.

so, bila kak airianah nak kawin dah,
bersyukur sangat sbb lepas ni die dah tak sedih2 lagi=)

tapi terasa sedih lah jugak...
lepas ni , kita dah tak dapat nak jumpa dia hari2 dah..
yang sangat terasanya sbb kitorang duduk berdua je..
sangat terasa..yelah, walaupun somehow tak banyak masa dihabiskan bersama...
tapi sbb sikit tulah, kita boleh ingat hampir semuanya..

orang yang pertama sekali tahu kita ok ke tak, sihat ke, sakit ke, gembira ke, sedih ke.
orang tempat kita share banyak bende.

orang yang akan comfortkan kita bila kita sedih..

kak airianah belikan waktu sangat 2 down sebelum balik hari tu...

orang yang kasi moral nasihat kita untuk study betul2....

kak airianah buatkan waktu nak exam..

orang yang spend waktu gembira sama2,
gila sama2..

winter last year, kitorang buat halaman rumah flat macam hak milik kitorang je.hahaha


Apa2 pun,
at one point, kita kena hidup cara masing2...
aku pun kena cari hidup aku jugak..

saya doakan semoga akak bahagia ye! amin....

.............................................................................................................................................................................
Post ni ditulis beberapa bulan yang lepas, selepas kak airianah bagitahu berita gembira tu. tak dapat nak postkan terus masa tu, sbb tak sure lagi kawin nye bila. dan Alhamdulillah, 3October2009, akak Airianah dan Eby selamat diijabkabulkan di Sunderland Mosque, dekat2 Middlesburgh, Newcastle.
terasa macam baru je jumpa. last year, kami masuk umah kami sama2 4th October 2008. Tak siapa sangka selepas dekat setahun cukup2, kak airianah akan kawin, dan aku bertukar tempat dengan Eby menjadi housemate kak airianah. setahun, sekejapnye masa! tak siapa dapat teka apa akan jadi lagi setahun.
Anyway, housemateku sekarang, kak Akmal. Dia datang ke Edinburgh 2bulan lewat daripada aku, iaitu bulan November .Ada budak2 ni usik, jom kita jadi housemate Nurul, nnti cepat je kawin.hahhaha. pastu, main tukar2 housemate je kerjanya, semua meninggalkan aku. redho~~~

Airianah Othman n Abdullah


me-teah-kak airianah-iffah

To Eby--> dah tukar jadi housemate kak airianah lah pulak. jaga kakak saya tu elok2 ye.
To kak Airianah--> All the best!!! hope u'll be happy ever after. amin...


dan yang ditinggalkan meneruskan hidup dengan lebih tekun! iA, amin....

rethinking Jihad conference

ajah, aku pun ada gambar bunga ni jugak lah.ha3

salam.
sambungan perkongsian conference yang lepas.

antara key adressing yang menarik minat dan yang paling faham, ialah Keynote Address: "Jihad in Europe", Professor Tariq Ramadan, University of Oxford

Basically, Prof.Tariq Ramadhan berkongsi pendapatnya tentang situasi orang Islam di Europe , dan sebenarnya, muslim di seluruh dunia, macamne diorang patut bertindak apabila keadaan dunia sedikit tidak adil kepada Muslim. Dia telah berkongsi:(maaf, kena tulis dalam bahasa Inggeris sebab input masuk ke dalam otak dalam BI, jadi bila nak translate ke bahasa Ibunda terasa cacat je bahasanya. Harap maaf di atas segala kesalahan tatabahasa yang wujud)

There are four keys, or main points in defining Jihad
  1. Targets
  2. conditions
  3. Means
  4. Goals
For the first key Target, what or who is our enemy? It can be our bad nafs if we are doing jihad within ourselves, or it can be anyone. We must clear of what or whom is our enemy.
The second key point is Conditions. In arabic it is called waqi'. (lupa dah apa Prof. tu bagitahu)

The third key point is Means. He pointed out that this is the one point that many people has misleaded and misunderstood. Many people did understand other key points correctly but not this important one. There is a hadith saying about this. (alamak, lupa dah apa, tapi dalam bahasa melayu maksud nya, maklamat tidak menghalalkan cara). Means are not simply legitimize by the final purpose.So, that means, even if we are not satisfied with the suppression of Islam by the enemy or people who don't understand Islam, we cannot and not allowed to react randomly/violencely against it. We cannot simply burn people's property or killing the innocent. What we need to do is to react in the way that is legal in Islam and within the law of the nation. Here, we as a muslim really need to learn controlling the anger. It is understood that we are feeling so stress, angry, sad and sympathetic on what is happening to our brothers and sisters in Gaza, for an example. But, our reactions towards it have been the mirror of Islam and been analysed by the people of the other faiths. If we, reacts so emotionally towards the propaganda and follow the anger , it by any chance reflects our faith.(even though Islam didn't promote, even prohibited us to follow the anger as syaitan loves anger). So, we might be thinking of protesting violently/ showing to the world that we are not ignorance of what's going on at the other side of the sea, and that we are no longer a bait to play with.But at the end, we are just making our non-muslim friend's misunderstanding grow. It just somewhat tally to what had embedded in their heads from their past perception.Instead of that, we can react in a more proper manner, by writing letters to the people-in-charge or making peace road demonstrations to show to the world of what we are believing and stand at.

The last main points is Goal. What are we looking for after days of struggling, facing opponents? obviously, we are looking for peace. No one wants the situation worsen than before.(maybe there is an exception for some people who loves manipulating other people's hardship). And Islam is a faith for all the people, and everything in Islam leads people towards eternal peace.

So, if we combining the four key points of the definition. Jihad means
A struggle against (X=target) for (x=goal) towards peace via (X=means)

Another one important part of his speech is when he introduce the concept of Resistant and Reform for the Muslim all over the world in facing the current issues or situation of the world. He elaborated that phrase as to resist what is bad and to reform what is good and it is another way of interpreting the phrase "Al-amru bil maaruf wan nahyu anil munkar" (mengajak kebaikan dan mencegah kemunkaran). The underlying ideas is muslims need to understand the conditions of Islam in the recent world, like it or nor, the fact that where we are the minority group is undeniable. So, even if we are trying to speak aloud, our voice might not reach the people of the whole world(or maybe it can reach them but after all the alterations made). So, what we need to do, is the resist what is bad, to be be patience of what is going on-manage the anger and to reform what is good by slowly educate people, Muslims and non-muslims of the real meaning of Islam. It does takes time, but it is the best way to react in this state of world.(this is his explaination of the key point no 2, conditions)

I got a chance to ask him about Palestinian-Israeli conflicts. At first, I was pretty agree with him. But when I tried to apply the concept of Resistant and Reform to them(Palestinian-Israeli), I found it was really hard to me when I started to imagine all the violences they endured for the last 60 years. How can we ask them to resist? We aren't in their positions. We won't never be able to understand their wounds and pains. (I was a bit emotional when speaking with him.ha3.-he just pointed in his speech that muslims shouldn't be emotional when dealing with this kind of emotional thing. ha3. I failed!)
Tariq Ramadhan just simpy said to me that "yes, the Palestinian people need to resist!" And I remember saying I didn't agree with him and looking to him with a such disagreement look. I then share my thought(ok2. the emotional part of me actually) and he asked me to read the articles he posted in his blog. After I went to many talks, I finally agree with him! at last!


so, what I can suggest to all of my friends out there, let us be more rationale, and let us do dakwah in educating people either through action or words. Shifting the paradigm. That is the best conclusion to summarize the whole long elaborations above.

semoga bermanfaat.
salam.

Friday, 16 October 2009

akhirnya! upadate setelah 2bulan senyap.

salam.
an update!
sepintas lalu apa yang telah terjadi dalam hidup dalam sebulan/dua bulan yang lepas.

7sept-9sept 2009:
Rethinking Jihad:
Ideas, Politics and Conflict in the Arab World & Beyond,




CASAW, The Centre for the Advanced Study of the Arab World ditubuhkan pada September 2006, dan melibatkan University of Edinburgh,University of Manchester dan University of Durham. Memetik daripada objektif penubuhannya:

"CASAW is the result of a UK government initiative to build crucial expertise on the Arab World based on a knowledge of the Arabic language coupled with advanced research methods skills in the social and political sciences, arts and humanities."

ketika tahu tentang wujudnya pertubuhan ni, terasa macam menarik sangat. dan ternyata perspektif dunia terhadap Islam sudah semakin berubah.
muhasah diri... ketika begitu ramai orang berlumba-lumba untuk belajar bahasa Arab, diri yang telah diajar bahasa Arab sejak sekolah rendah tak cuba pun untuk memperbaharui ilmu tersebut. sayang nye!

Antara panel yang terlibat,
  1. "Jihad in History", Professor Carole Hillenbrand, University of Edinburgh
  2. "Re-Thinking Principles: Sh. Yusuf al-Qaradawi and Ayat al-Sayf." Professor Sherman Jackson, University of Michigan, Ann Arbor
  3. 'Jihad in the thought of Yusuf al-Qaradawi.' Sheikh Rached Ghannouchi, Renaissance Party
  4. "Between Peaceful Coexistence and the Call for Terror: The Ambiguous Doctrine of Jihad", Professor Rudolph Peters, University of Amsterdam
  5. "Jihad in Europe",Professor Tariq Ramadan, University of Oxford
  6. "Sectarian Violence as Jihad" Professor Sami Zubaida, University of London,
  7. Birkbeck"Irregular Warfare and the Modern Middle East: From Mirza Kuchik Khan to Osama bin Laden" Professor Fred Halliday, Barcelona Institute for International Studies
Banyak perkara yang telah dibincangkan, yang mana banyaknya tak pernah tahu dan tak faham sangat. dan kebanyakan masa dihabiskan untuk cuba memahamkan tentang isi yang cuba disampaikan oleh para panel dan para pembentang kertas kerja yakni professor daripada seluruh dunia(juga Israel!) . ternyata otak sangat lah penat menerima maklumat dan terlebih2 lah pulak maklumat yang smpai.

secara keseluruhannya, conference ini membincangkan apakah maksud sebenar perkataan Jihad daripada segi Islam itu sendiri, apakah definisi dan penggunaan sebenanrnya dalam hidup orang Islam. Sangat menarik kerana telah dibentangkan oleh orang bukan Islam. Masih teringat kata2
Professor Carole Hillenbrand, University of Edinburgh, "Most of the people has misunderstood the term Jihad. In Islam, Jihad means......" . Muhasabah diri masa tu, boleh ke aku menerangkan maksud jihad dengan segala2 ayat Quran dan hadith yang berkaitan dengannya? . Dan kemudiannya pembentangan kertas kerja. sangat lah banyak kertas yang dibentangkan, dalam sehari lebih kurang 12panel bercakap, (untuk 3hari,36panel) dengan segala banyak bende yang dicakapkan. tak dapat nak hadamkan semua bende, dengan bahasa Inggeris yang tak berapa nak faham sangat. pengetahuan yang cetek lagi. Selepas beberapa bulan otak tidak digunakan, tiba-tiba digunakan dengan sangat kuatnya, boleh collapse jugaklah. tapi, alhamdulillah, sbb tak berapa faham sangat, jadi sebenarnya, tak ada lah guna banyak sangat.hahaha.

mmg terasa satu conference yang sangat menarik. sangat banyak bende yang menarik dapat. Banyaklah pengetahuan umum yang dapat. tapi banyak juga pendedahan kepada dunia Islam dan diri sendiri. Dan alhamdulillah, dapat berjumpa dengan ramai figure antarabangsa. Dan semasa hari pertama, dengan tanpa background tentang Islamic Studies ,pergi dengan "nonong"nya, dan dengan sesuka hati duduk di mana2 sahaja. Dan selalunya duduk bersebelahan dengan pakcik2(professor2) ini, dan tak tahu pun mereka ialah professor2 yang akan menjadi panel. maka, dengan sesuka hati je berborak2. tetiba, bila mereka bangun membentangkan key words , terasa segan, sesuka hati je borak macam kawan. adei.

dan antara pengajaran yang dapat:
1) Bahasa Arab adalah bahasa universal.
>>ada satu ketika, semasa waktu rehat di antara conference, para peserta sibuk lah berborak-borak, bertukar-tukar ilmu. n ternyata , para peserta sibuklah berbincang-bincang di dalam bahasa Arab, sedangkan ramai je yang bukan orang arab, dan juga, bukan semua orang Islam. dan saya pun berada di tengah perbincangan dengan seribu tanda tanya, dan apabila beberapa orang perasan saya berada di situ, mereka terpaksalah menukar perbincangan kepada bahasa Inggeris. Pada masa tu, saya pun terpikir, saya orang Islam, dan saya juga bukan bangsa Arab/bahasa Arab bukan bahasa ibunda, tapi kenapa saya tidak dapat bercakap bahasa Arab? jawapannya--> sifat ignorance terhadap bahasa Al-Quran itu. refleks diri~~

2) banyaknya bende yang tak tahu n tak cuba untuk cari dan tak cuba untuk faham sebelum ni.
>> sangatlah terkesan apabila para proffesor yang membentangkan paper masing2 dan yang memberi talk boleh quote ayat2 quran dan hadith2 tentang jihad dengan sangat lancarnya. dan kebanyakannya masih belum memeluk Islam. (mungkin saya tak tahu diorang Islam ke tak sbb tak tertulis kat dahi) . masa tu, termuhasabah balik~~~

3) Banyaknye bende yang sedang terjadi di dunia ni~~ terasa macam terbuka mata kepada dunia. owh, sungguhlah blurr sebelum ini.

sungguhlah banyak bende yang nak cerita..
terutama nya pasal Tariq Ramadhan , n beberapa lagi orang yang sempat bertemu mata dan bertanya soalan kepada mereka.
tapi macam nak kena berhenti dulu.
sambung lagi. iA

semoga bermanfaat.

Sunday, 2 August 2009

salam...
tup2 . tinggal lagi seminggu untuk program yang kitorang kanak2 alumni batch telah rancang untuk berlansung...
All the best for all!!!
FIGHTING semua!!!
maaf sbb tak dapat nak bersama2 memeriahkan program kerana telah berada kat UK.






ni adalah video klip, serba ringkas tentang program ini.
semoga kita sama2 renungkan isi patinya..

sama2 lah kita doakan agar program ini mendapat keberkatan Allah, dan dapat mencapai targetnya..aminn... kepada kawan2 ku sekalian, jom sama2 betulkan niat...bimbang kalau2 kerana kemelencongan niat kita, roh nya tidak ada, dan berkat Allah itu tidak sampai. nauzubillah....

terima kasih semua yang telah bertungkus lumus membuat persediaan..
kita berusaha yang terbaik. kemudian, bertawakkal lah kepadaNya..
semuga dilancarkan segala urusan kita...
aminnn....

dan semoga semangat kita untuk terus menyumbang apa yang ada untuk saudara kita di Palestine , malah di mana sahaja atas muka bumi ini tidak berhenti setakat ini sahaja, dan seperti hangat2 tahu ayam sahaja.
Moga kita semua thabat(tetap) pada jalan ini..aminnnn

memberilah sebanyak2nya, dah jangan sesekali minta dibalas..